Saya nak buat pinjaman bank bagi pembelian tanah lot bungalow termasuk disekalikan untuk pembinaan rumah. Boleh atau tidak?
Baru-baru ini saya ada seorang sahabat , ang bertanya tentang lot bungalow yang saya postkan dalam website dan sosial media. Sahabat saya bertanya ada tak kemudahan pinjaman sebegitu ? Saya semak ADA! Bank ada menyediakan kemudahan pinjaman kepada pembeli tanah lot bungalow serta pembinaan rumah dalam single loan (1 pinjaman sahaja) bukan 2 pinjaman.
Ini bermaksud jika harga tanah RM300,000 dan kos pembinaan rumah RM 350,000 anda boleh mohon pinjaman rumah sebanyak RM650,00 mengikut kelayakan pinjaman anda. Apakah yang dimaksudkan Kelayakakan pinjaman anda? Secara ringkasnya pra-kelayakan semakan pinjaman adakan dibuat dimana mereka akan lihat :
- Sumber kewangan anda atau pendapatan anda melalui slip gaji atau bank statement sekurang-kurangnya 3 Bulan.
- Berapa komitmen ada
- Laporan CTOS dan CRISS
Kos yang pembeli perlu sediakan adalah deposit pembelian tanah iaitu 10% dari harga tanah dan juga sediakan (standby) upfront dibayarkan kepada kontraktor. Dokumen yang diperlukan dari kontraktor :
- Building plan
- Contractor Profile
- Construction quotation
- Construction agreement
- Geran tanah
- Land Photo
Lot bungalow hanya terpakai yang sudah mempunyai geran individual sahaja dan berstatus Bangunan Kediaman sahaja. LOT LIDI TIDAK BOLEH SAMA SEKALI atau LOT PERTANIAN TIDAK BOLEH SAMA SEKALI.
Jika ada mempunyai lot tanah bungalow berstatus kediaman atau sedang mencari dikawasan tertentu dan mempunyai niat untuk membina rumah bungalow boleh hubungi saya di 012-6944380 Muiz Agen Hartanah Nilai Harta REN 36818


