Peluang Kerjaya Hartanah
Bersama MUIZ MISRI
Sepanjang berada dalam industri ini, alhamdulillah saya telah diberi peluang dan kepercayaan untuk menguruskan pelbagai jenis hartanah – sama ada kediaman, komersial mahupun tanah – terutamanya di kawasan Shah Alam dan sekitar Selangor. Kepakaran saya adalah memahami potensi pasaran setempat, memberi nasihat harga pasaran semasa, serta menyediakan strategi pemasaran berkesan agar hartanah klien dapat dijual atau disewakan dalam tempoh yang optimum.
Hasil daripada usaha berterusan, saya bersyukur kerana telah menerima beberapa pengiktirafan berprestij daripada agensi, antaranya Top Performer 2023 dan Top Producer August, selain beberapa anugerah pencapaian bulanan yang lain. Pengiktirafan ini bukan sahaja menjadi penanda aras pencapaian peribadi, tetapi juga bukti komitmen saya dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap klien.
Adakah Anda Orang Seperti Ini?
- Tidak nampak potensi dalam kerjaya sedia ada.
- Dah tak rasa gembira dengan kerjaya anda sekarang?
- Mahukan lebih masa dengan anak dan isteri?
- Mahukan kerjaya yang lebih mencabar dan berbaloi?
- Lebih suka berkerja sendiri tanpa bos
- Rasa sesak berkerja dalam suasana yang toksik
- Berdisiplin, bermotivasi tetapi tidak nampak jalan untuk berjaya.
- Penat rasa tidak berguna dan rasa tersekat dalam kehidupan sekarang.
- Mahukan kerjaya yang memberi pulangan yang lebih besar?
Ya, mungkin sekarang anda mempunyai pekerjaan dengan gaji yang tak mencukupi, atau anda terlalu sibuk dengan kerja ataupun suasana tempat kerja yang amat toksik dan menyesakkan, apa salah nya untuk anda cuba kerjaya baru?
Kenapa Kerjaya Perunding Hartanah?
Lihat bagaimana kerjaya ini boleh membantu anda.

Pulangan yang amat lumayan
Perunding hartanah berkerja untuk komisyen jualan. Mengikut standar LPPEH, perunding hartanah mendapat komisyen 3% dari harga jualan. Bayangkan berapa anda dapat untuk sebuah rumah berharga RM 500,000?

Berpeluang kenal dengan ramai orang
Menjadi perunding hartanah, anda boleh berpeluang berjumpa ramai orang. Mana tahu di sini ada peluang pelaburan dan lain-lain terbuka luas. Atau sekurangnya anda dapat pengalaman mereka.

Anda kawal masa anda!
Kami tak kata anda tak akan sibuk. Ini adalah kerjaya sendiri. Anda kena produktif, tetapi anda boleh kawal masa anda. Tak perlu lagi keluar sebelum matahari terbit dan balik selepas matahari terbenam setiap hari. Anda kawal masa anda. Anda boleh urus keluarga dengan lebih baik.

Peluang pelaburan yang terbentang
Anda dahulu disajikan peluang pelaburan hartanah dengan harga yang rendah. Ini peluang anda untuk menjadi pelabur dan ubah hidup anda.

Panduan oleh mereka berpengalaman
Dalam pasukan kami, anda akan di pandu oleh mereka yang berpengalaman bertahun-tahun dalam industri. Isunya, adakah anda mahu ikut atau tidak?

Potensi kerjaya yang bagus
Dengan pengalaman, anda boleh menjadi pengurus pasukan anda sendiri atau menjadi Prinsipal Ejensi anda sendiri.



Mahu menjadi sebahagian dari Team Saya?
Jangan risau. Anda tidak akan dibiarkan keseorangan tanpa panduan. Dalam team kami, anda akan menjalani latihan dan diberi tunjuk ajar untuk menjadi perunding hartanah yang mantap dan mampu menjana hasil yang lumayan.
Jika benar berminat, sila isi borang ini.
Saya akan hubungi anda kembali.