Bulan 7 aku anggap sebagai bulan kawin kerana pada bulan ni banyak majlis persandingan berlansung dan dan abg aku juga akan melansungkan perkahwinan pada hujun bulan 7 juga. Dan aku sbg adik kena lah bantu-membantu apa yg patut. Dalam banyak2 jemputan sehingga minggu ni aku sempat pergi 2 jemputan shj, bukan x nak pergi yg lain tp sebab masa tidak mengizinkan dan bertindih dengan jemputan yg lain. Sampai cari rumah pun memakan satu jam hehhehe.
Bercakap pasal kawin , soalan top3 “ko bila lagi ? ” , “Dah ada calon ker?” , mcm2 jawapan akan diberikan , tp jawapan paling faveret ” aku tiada calon lg “. Jawapan itu akan mematikan segala persoalan tetapi menambah masalah kerana pasti akan ada org sudi membantu spt ” aku ada member , ko nak kenal tak , cun ?” , “klu ada yg hensem2 tolong kenal kan i ” , tempat kerja kan ramai , jika kat tempat study ” Student kan ramai, ko xde yg berminat ker ? , Budak U*** kan ramai ?.
Setiap hujung minggu , aku akan peruntukan masa untuk membuat kerja2 rumah . Sempat juga lah aku ptg2 main kayak dan bulan 7 ni lah aku menahan diri dari pergi camping atau segala aktiviti outdoor melibihi 2 hari . Mybe bulan 7 ni start balik. Sepanjang persiapan perkahwinan abg aku ni ,banyak yang aku belajar . Mak aku boleh mengluarkan peribasa spt ” ‘Jiwa Besar , Tp Poket kecik’ maknanya nak buat majlis besar2 grand tp duit xde mana boleh jadi. Sedara mara mula dtg rumah bantu-membantu mana yg patut. Sambil tu terkeluarlah cerita pasal kawin anak buah dll. Ada yg berhutang dengan Parents sampai anak 3 pun belum habis bayar lagi , ada yg menjangkau belanja kawin RM 500K . Bila aku dengar memang gurun dan meremang bulu aku. Biasanya jika anda dtg dari keluarga berada , dato’, tan sri kena lah buat majlis grand2 ikut standart keluarga , tp anak juga yg kena tanggung .
Mak aku memang sempoi , hiasan hantaran memang dia buatkan , bapak aku ada sedikit element tradisional dia nak ada kumpulan kompang, aku ckp pakai jelah cd senang jer dan tak payah nak keluar duit , dia cakap “rasa janggal” aku cakap “sekarang ni zaman moden, org dah tak pakai tu lagi”, bapak aku jawap ‘ habis tu’ kenapa UiTM waktu hari konvokesyen ada org main muzik gamelan’ Aku mengiakan sahaja , tak tahu nak jawap apa.
So kawan2 cepat kumpul duit lepas tu boleh kawin heheh